Semasa membuat tempahan GoCar, anda mungkin pernah menemui pakej Flex. Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya, apakah pakej ini?
Secara amnya, pakej Flex memberikan anda fleksibiliti perjalanan yang anda perlukan untuk pengalaman pemanduan GoCar yang bebas tekanan.
Dengan bayaran RM7.00 untuk setiap tempahan, anda diberikan:
- Fleksibiliti untuk pulangan lewat sehingga 30 minit.
- Bayaran balik untuk pembatalan dalam bentuk mata ganjaran GoPocket.
- Perubahan tarikh dan masa tempahan tanpa had*
- Akses untuk menggunakan tempat letak kereta GoCar untuk kenderaan peribadi semasa tempahan (bayaran tempat letak kereta masih dikenakan ke atas kenderaan peribadi anda)
*tertakluk kepada ketersediaan kereta
Namun, anda tidak layak untuk ketiga-tiga di atas jika anda memilih Pakej Basic.
Berapakah kos untuk pakej Flex?
Bayaran RM7 akan dikenakan apabila anda memilih pakej Premium Flex yang melindungi tempahan anda. Jika anda memilih pakej Basic, tiada bayaran akan dikenakan ke atas anda.
Pakej | Basic | Premium Flex |
– Bayaran lewat dikenakan – Bayaran balik tidak tersedia – Perubahan tarikh & masa tempahan tidak dibenarkan | – Fleksibiliti untuk pulangan lewat sehingga 30 minit. – Bayaran balik untuk pembatalan dalam bentuk mata ganjaran GoPocket. | |
Bayaran | Percuma | RM7.00 / tempahahan |
Bagaimana saya memilih pakej Premium Flex?
Pakej Basic dan Premium Flex akan muncul pada halaman yang sama dengan halaman tambahan Perlindungan Kerosakan Perlanggaran (CDW- Collision Damage Waiver). Ikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1: Dalam aplikasi GoCar anda, klik Sharing.
Langkah 2: Selepas memilih tarikh dan masa tempahan pilihan anda, pilih kenderaan anda dan klik Book Now. Anda kemudian akan diminta ke halaman Value Add-Ons dan anda boleh memilih pakej Flex anda.
Sekarang anda tahu apa itu pakej Flex, jangan lupa untuk memilih pakej yang memberikan anda fleksibiliti untuk pengalaman GoCar yang bebas tekanan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami di 1300-30-2633 atau e-mel kami di marketing@gocar.my