Bahasa Melayu

Bagaimana Untuk Mencari GoCar Sharing Anda di KLIA 1 & 2

Kami di GoCar menawarkan sewaan kereta yang mudah dan berpatutan di kedua-dua lokasi iaitu KLIA 1 dan KLIA 2 untuk memastikan perjalanan anda bermula dan berakhir dengan lancar. Berikut adalah cara untuk mencari GoCar anda dan meningkatkan pengalaman perjalanan dengan kereta kami yang berkualiti.

Dimanakah GoCar anda?

KLIA 1

📍 Short Term Car Park (STCP) – Tempat Letak Kenderaan Jangka Pendek

  • Lokasi: Block D, Kuala Lumpur International Airport – Main Terminal
  • Bagaimana Untuk Mencari Kereta GoCar Anda: 
    -Dari Dewan Kedatangan (Aras 3), naik eskalator ke aras 2
    -Naik jambatan dari Blok C ke Blok D
    -Naik lif ke aras G
    -Kereta terletak berhampiran pagar keluar di Blok D, Aras G (bersebelahan dengan tiang D-G-10)

📍 Long Term Car Park (LTCP) – Tempat Letak Kenderaan Jangka Panjang

  • Lokasi: Row 4, Jalan KLIA 1, KL International Airport
  • Bagaimana Untuk Mencari Kereta GoCar Anda:
    -Dari Perhentian Bas Shuttle, teruskan ke hujung sebelum keluar dari LTCP

    -Cari Pejabat Pengurusan LTCP (sebelah MATC), akan ada kawasan parkir bertentangan dengan pejabat pengurusan
    -Kereta terletak di barisan ke-4, ke arah hujung barisan, anda akan jumpa papan tanda GoCar

KLIA 2

📍 Kuala Lumpur International Airport 2 (Hub)

  • Bagaimana Untuk Mencari Kereta GoCar Anda:
    – Dari aras 2, ambil travelator di sebelah Family Mart (atau lif di belakang Kaunter Maklumat) ke Hab Pengangkutan  (Transportation Hub) di aras 1
    -Keluar melalui Pintu 2 ke tempat letak kereta
    -Pergi ke kiri ke arah blok tempat letak kereta sewa
    -Teruskan berjalan lurus sehingga anda melihat jalan kecil di hadapan anda dan Tune Hotel di sebelah kanan
    -Kereta terletak di tempat letak kereta di bahu jalan sebelah kawasan menunggu

Mengapa anda memilih GoCar?

  • Pelbagai Pilihan: Kenderaan yang sesuai untuk setiap keperluan perjalanan anda.
  • Kemudahan: Akses dan lokasi strategik di kedua-dua terminal KLIA.
  • Fleksibiliti:Pilihan sewaan jangka pendek dan jangka panjang mengikut kesesuaian anda.

Mulakan perjalanan anda tanpa kesukaran menggunakan perkhidmatan sewa kereta kami yang boleh dipercayai. Tempah sekarang dan nikmati kebebasan pengangkutan yang lancar dan selesa terus dari lapangan terbang!


Terma & Syarat : 

  • Tempoh tempahan: 1 Mei 2024 – 31 Disember 2024. 
  • Promo kod NEWTOGOCAR hanya sah untuk pengguna baru GoCar. 
  • Kod ini hanya sah untuk satu kali penggunaan. 
  • Nilai promo kod adalah sehingga 50% diskaun untuk tempahan anda. 
  • Diskaun tertakluk kepada had maksimum RM80. 
  • Sah untuk semua tempahan GoCar. 
  • Promo kod MESTI digunakan semasa membuat tempahan. 
  • Tiada pemulangan akan dilayan untuk tempahan yang tidak menggunakan kod promosi semasa pembayaran. 
  • Diskaun ini tidak sah untuk CDW, pakej Premium Flex, dan 8% SST.

GUNAKAN APLIKASI GOCAR HAR INI!

Share this Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *