Berita besar, GoCar Fam — GAC GS3 EMZOOM kini secara rasmi menyertai GoCar. Percayalah, ini bukan SUV kompak biasa. Dengan rekaan berani, prestasi mantap, dan gaya pemanduan yang mencuri perhatian, sama ada anda tersekat dalam kesesakan atau berada di lebuh raya, ianya tetap menonjol.
Dan yang paling menarik: anda boleh memandunya dengan harga yang berbaloi iaitu RM19.90 sejam.
Sudah tentu, EMZOOM memang nampak hebat dengan sendirinya. Tetapi bila anda menempahnya melalui GoCar, anda bukan sekadar mendapat sebuah kereta anda juga mendapat pengalaman yang penuh bermakna. Inilah sebab-sebabnya:
1. Fleksibiliti Ikut Gaya Hidup Anda
Perlu untuk urusan ringkas? Boleh. Mahu untuk percutian hujung minggu? Pun boleh. Dengan hanya RM19.90/jam, anda hanya bayar untuk masa yang anda perlukan — tiada komitmen jangka panjang.
2. Semua Dalam Satu Aplikasi
Lupakan kunci dan kaunter. Dengan aplikasi GoCar, anda boleh tempah, buka, dan hidupkan enjin GS3 EMZOOM hanya dengan beberapa sentuhan. Mudah = naik taraf.
3. Pemanduan Tanpa Risau
Setiap tempahan didatangkan dengan insurans dan bantuan tepi jalan 24/7. Sebab kejutan memang seronok masa hari jadi, tapi bukan ketika anda di jalan raya.
4. Sesuai Dengan Setiap Gaya Berjalan di bandar dengan penuh bergaya
Percutian hujung minggu dengan selesa
Tampil penuh gaya untuk buat impresi pertama yang penting
EMZOOM bukan sekadar sebuah kereta. Ia adalah gaya dan aura yang anda bawa dalam setiap perjalanan.


Direka dengan kecekapan bahan api yang luar biasa, EEV ini hanya menggunakan 5.9 liter bahan api untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Ia merupakan pilihan yang menjimatkan untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang kos efektif dan mesra alam.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 TGDi yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah 7-kelajuan, menghasilkan 177 PS dan 270 Nm tork. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 8 saat, menawarkan pertukaran gear yang pantas, prestasi sporty, kecekapan bahan api yang lebih baik, serta ekzos berkembar untuk pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.
01
Muat turun aplikasi GoCar di Apple App Store, Google Play Store atau laman web, dan daftar sebagai ahli.
02
Cari GAC GS3 Emzoom yang tersedia.
03
Tempah dari hanya RM19.90/jam (tempahan minimum 3 jam).
04
Buka kunci, pandu, dan rasai pengalaman mobiliti masa depan!
Baru dengan GoCar? Jangan risau, kami sedia membantu.
Dapatkan diskaun sehingga 50% untuk tempahan pertama anda apabila anda masukkan kod promo NEWTOGOCAR – tiada perbelanjaan minimum, tiada syarat tersembunyi. Hanya GoCar je lah!
Dah sedia nak jalan? Muat turun aplikasi GoCar dan tempah sekarang!