Bahasa MelayuCommunityDiscoverPromotion

Cuba Nissan KICKS e-POWER Baharu dengan GoCar Sharing – Kuasa, Penjimatan & Inovasi di Hujung Jari Anda!

Dah sedia nak alami pengalaman pemanduan yang luar biasa? GoCar Sharing kini memperkenalkan Nissan KICKS e-POWER – kini tersedia di Lembah Klang! Sama ada anda nak cari kereta untuk ride hujung minggu yang fun, perjalanan harian yang jimat minyak, atau nak rasa sendiri teknologi pemanduan masa depan, Nissan KICKS e-POWER memang pilihan yang tepat – dari serendah RM17.90 sejam (tempahan minimum 3 jam ke atas)!

Tork Serta-Merta, 100% Dikuasakan Motor Elektrik. Tiada Caj Plug-In Diperlukan.

Rasai kuasa elektrik yang mengujakan dan pecutan serta-merta seperti sebuah EV, dengan kemudahan lancar seperti kereta berkuasa petrol. Berikut adalah beberapa sebab terbaik kenapa anda perlu tempah Nissan KICKS e-POWER hari ini.

Teknologi e-POWER Generasi Baharu

Nissan KICKS e-POWER dilengkapi dengan teknologi e-POWER terkini yang membawakan kuasa serta-merta dan pecutan yang lancar seperti sebuah kenderaan elektrik – tanpa perlu caj dari luar. Sebaliknya, enjin petrol yang sangat efisien digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi menggerakkan motor elektrik, memberikan pemanduan yang responsif dan jimat bahan api.

Kecekapan Bahan Api Luar Biasa

Dengan teknologi e-POWER, Nissan KICKS memberikan penjimatan minyak maksimum – memang ideal untuk pemanduan dalam bandar. Alami prestasi pemanduan seperti EV sambil kekal dengan kemudahan kereta berkuasa petrol – tak perlu stesen pengecas pun!

Pemanduan yang Lancar, Senyap & Bertenaga

Rasai keterujaan tork serta-merta dan pemanduan yang senyap serta lancar daripada motor elektrik. Nissan KICKS e-POWER memberikan pecutan yang smooth tanpa gangguan – setiap perjalanan jadi lebih seronok dan efisien.

Reka Bentuk Pintar dan Bergaya

Direka untuk menyerlah, Nissan KICKS e-POWER menggabungkan gaya yang bold dengan ciri-ciri praktikal. Penampilan sporty, ruang dalaman yang luas, dan teknologi canggih menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu moden.

Tempah Nissan KICKS e-POWER di GoCar dalam 4 langkah mudah:

01

Muat turun aplikasi GoCar melalui Apple App Store, Google Play Store atau layari laman web dan daftar akaun anda.

02

Cari lokasi Nissan KICKS e-POWER yang tersedia di Lembah Klang.

03

Tempah serendah RM17.90 sejam (tempahan minimum 3 jam).

04

Unlock, pandu, dan alami sendiri masa depan mobiliti!

Kongsi Pengalaman Pemanduan & Menang Hadiah!

Pandulah Nissan KICKS e-POWER baharu dengan GoCar, kongsikan pengalaman anda dan berpeluang memenangi pembersih hampagas mudah alih! Peraduan berlangsung dari 11 April hingga 31 Julai 2025

Cara penyertaan:

Tempah Nissan KICKS e-POWER melalui GoCar.

Pandu & alami sendiri kuasa dan keseronokan KICKS e-POWER.

Tulis review pengalaman anda di Facebook atau Instagram, tag @NissanMalaysia & guna hashtag #NissanKICKS #ePOWER
(Pastikan akaun anda dalam mod publik)

Hantar penyertaan anda dan tunggu peluang untuk menang!

ATAU

Share this Article