Hello kepada para pengguna baru GoCar! Jika anda menggunakan GoCar dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas (sesuatu yang biasa terjadi hari ini ), anda mungkin akan merasa panik! Beberapa soalan mungkin termasuk – ‘Apa yang boleh saya lakukan? Bolehkah saya menambah tempoh tempahan saya? Bagaimana caranya? Saya perlu menghubungi siapa atau di mana saya boleh semak untuk memanjangkan?’
Jangan panik… Ikuti panduan kami dan kami akan membimbing anda melalui 4 langkah mudah untuk menambah tempoh tempahan anda.
Buka aplikasi GoCar anda dan klik di ‘tempahan saya’ dan klik ‘tambah tempoh’ pada tempahan semasa.
Pilih berapa jam yang diperlukan untuk penambahan tempoh.
*Perhatian: Penambahan tempoh mesti dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tempahan semasa anda tamat.
Cara-cara pembayaran untuk penambahan tempoh adalah seperti berikut :
- Mata Ganjaran GoPocket
- Kad Kredit/Debit
- Perbankan dalam Talian
- E-Wallet
Setelah bayaran dibuat, anda boleh melihat tempoh yang ditambah di bahagian “Tempahan Saya”.
Perhatian: Penambahan tempoh tempahan anda tertakluk kepada ketersediaan kenderaan. Kami menggalakkan anda untuk merancang perjalanan dan masa anda untuk mengelakkan denda kelewatan memulangkan kenderaan.
Peringatan mesra: Penambahan tempoh tidak boleh dilakukan sekiranya tempoh tempahan anda telah tamat. Jika terdapat tempahan lain selepas tempahan anda, anda tidak akan dapat memanjangkan tempahan anda.
Jika anda tidak memanjangkan – anda akan dikenakan denda bagi pengembalian kereta lewat dan menyebabkan kesulitan kepada pengguna lain.